Sunday, May 10, 2009

Special Entry on Mother's Day

Kasihnya IBU membawa ke syurga.....

Bila mengingatkannya semula..perasaan sedih dan kagum bercampur-campur. Bukan nak bercerita tentang diri sendiri tp pengalaman semalam (Sabtu) semasa Ibu Sarah nak keluar ke Puchong mencari peralatan untuk kelas solekan besok...

Matahari tegak di atas kepala kerana waktu sudah hampir 11.30 pagi..Ibu Sarah bawa kereta perlahan saja menhampiri simpang tiga keluar dari kawasan Lestari Putra..

Semasa berhenti untuk keluar dari simpang, ternampak d sebelah kanan,..seorang wanita tengah berjalan. Di bahu kirinya beg bayi dan payung. Tangan kanannya menggendong bayi yang diselimuti kain lampin...Aduhhhh..macam kecil sahaja bayinya..macam dalam 'hari' lagi..Tak sanggup Ibu Sarah melihatnya...kesian..

Ibu Sarah keluar dari simpang ke kanan...kemudian membuat pusingan 'u' dan perlahan berhenti di hadapan wanita bersama bayi tadi..dia hampir melewati kereta Ibu Sarah...Ibu Sarah turunkan cermin kereta..dia berhenti dan tunduk tersengih..

" Nak kemana?"
"Seri Serdang"
"Naik apa?"
"Naik bas"
"Kat mana tunggu"
"Kat depan Shell"
"Depan Shell? Jauhnya, jom saya hantar depan Shell"

Ibu Sarah membuka pintu untuk wanita tadi..dan dia terkial2 untuk menutup payung serta melepaskan beg bayinya kedalam kereta..

Di dalam kereta:

"Kamu nak jalan kaki ke Shell sana?" Dia hanya mengangguk dan tersenyum seolah2 tidak ada yang menyusahkan baginya. Bayi comelnya lena dalam pelukan dan tidak sedar apa yg sedang berlaku..tenang sekali tidurnya.

"Dah berapa hari bersalin?"
"Dah 30 hari dah.."
"Kalau orang India, berpantang berapa hari?"
"30 hari sahaja..saya dah bekerja pun. Hari tu kene ceaser"
"Dah sihat?"
"Dah..mkn ubat hospital dan pati ikan haruan"
"Suami kat mana?"
"Kt oversea..minggu depan baru balik"
"Ni nk pergi inject ke?"
"A.ah...kt Kelinik d Serdang"..
"Maaflah saya tidak dapat hantar kesana sbb sy nk ke Puchong"
"Eh tak apa, terima kasih ya!"

Sekejap rasanya dan sampai. Perjalan ke Shell lebih kurang 2 kilometre.....Ibu Sarah tidak sempat bertanya nama wanita tersebut dan nama bayi perempuan yang comel itu..

Kagum sebenarnya dengan semangat wanita itu sebagai seorang IBU yang sanggup berjalan kaki, berpayung meredah panas dan menaiki kenderaan awam seperti bas yang sudah tentu tidak selesa demi untuk membawa anak pergi inject!. 

Namun begitu, Ibu Sarah faham. Demi anak, tiada apa yang di rasakan sebagai beban bagi seorang yang bergelar IBU...

Tapi, Ibu Sarah terpikir sendiri,..sanggupkah Ibu Sarah berbuat demikian?

Dalam perjalanan ke Puchong, Ibu Sarah menangis kerana rasa insaf dan amat bersyukur sekali kerana terlalu banyak nikmat dan kemudahan yang Allah kurniakan dan terlampau sikit sekali bersyukur malah kadang2 merungut kerana susah sedikit sahaja..

Bersyukur kerana setakat ini Nur'Ayn Mysarah tidak banyak kerenah dan tidah pernah menyusahkan Ibu malah membawa cahaya dan kegembiraan kepada Ibu dan Babah...

SELAMAT HARI IBU semua!



No comments:

Post a Comment