Tuesday, December 29, 2009

My LiTTLE SiSTeR :)

Comel kan :)






Ni...saYA.,.maSa BarU LaHir...comeyy jugak kan..hehe

Wednesday, December 23, 2009

PREVIEW - Che Su's Wedding :)

Monday, December 21, 2009

HappY BirtHdAY...deaR SaRAH...




Alhamdulillah...Sarah is officially two years old today 21/12/2009...our cheeky little girl is not so little anymore...and she's gonna get a biggg present soon!....a little sister...insyaAllah...


May Allah bless u always..semoga kekal menjadi anak yg solehah..dan patuh kepada babah dan ibu...InsyaAllah...

Monday, December 7, 2009

INI MUKA BUDAK NAKAL....

SARaH ni..sejak nk dapat adik..makin nakal, lasak dan manja sekali...:-)








Wednesday, November 11, 2009

MELARAM










Ni melaram nk g open house..ibu lupa la umah sape..

GAMBAR RAYE - BARU NK UPLOAD..hehe


eyy..ada cocoach kt tangan..euuwww..




dapat duit raye dr tok ayoh..:)


jeling semacam ajer..hehe

sebahagian dari keluarga hashim & rahnah..

Wednesday, September 16, 2009

SALAM LEBARAN

Salam,

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 9, 2009

BaJU SaPE Niii.??

Cantik tak baju2 ni...ibu yang jahitkan, pakai kain cotton je...

kata ibu, ni pattern peasant blouse tp dh di modifiedkan jadi dress yg skali gaun kembang..Sarah suka laaa..tp lom 100% siap sbb ibu nak jahitkan bunga2 kecik kt depan baju tu...sure comel kan~!




Ni laaa SArAH..tuan punya baju!



Yg ni pon ibu jahitkan jugak..lawa tak?


Wednesday, August 12, 2009

~ LonG TiME No SeE!~





SALAM everybody!

Lama x update blog ni..Since ibu still not feeling well..nothing much to story about :). Me, as usual do my own things..makan, main, watch cartoons, buat perangai and such..hehe..

Owh..last week after balik from KB kt my inner upper lip ada ulcer...ouch...forgot to tell ibu abt that..nk makan pon sakit..so i refused to eat n only drink milk and had biscuits...I made ibu worried..she discovered that i had ulcer n bring me to see Dr. Jameaton. She's a very friendly doctor and i liked her :). She prescribed a gel for the ulcer and after a few rubs..ulcer's gone!

Now, i slowly eating as usual..hehe..

Did i tell u that ibu and me balik KB for Che Su's merisik ceremony? Hmm..i was thrilled to go back to to Ayoh's hse...can meet so may people there and i can walk all day here and there!!..hehe.

Che Su is ibu's youngest sister and she's getting married already! Hmm..i bet i will have new friends to play later on..hehehe..besides my own brother/sister..

Speaking of brother/sister, ibu is 13 weeks pregnant!! She's getting better but still not as energetic as before..Sometimes she refused to carry me around!!..Hmm..i miss ibu when she's not pregnant coz she likes to play with me under the porch after she came back from work..

Anyway, when i'm thinking of getting new playmate, i have to gave in...:)..I know ibu is weak and tired coz she's carrying a person in her tummy...Can't wait to see my mate!




*pics - credit to ayoh man...:)*

Tuesday, July 7, 2009

I'M GOnnA Be A BiG SiSteR...InsYaALLAH..

Yup, InsyaAllah..doakan yang terbaik untuk IBU saya ye!
Now she's easily tired and doesn't have much energy to play with me..:(
Ibu said sekejap saja macam ni..hopefully by next trimester she'll be much better and we can go jalan2 @ mall or playground...
My brother/sister is due next Chinese New Year..still got time for me to manja2 and ngada2..kannn...hehehe
Till then, bye!

Monday, June 22, 2009

BirtHDay ParTY KAk AiNA...

Date: 7th June 2009
Venue: KFC Xtreme Park, Shah Alam
Theme color: Purple

We've been invited to Aina's 8th Birthday!
Thanks for inviting us ya...:-)

Sarah terkejut tengok belon2...sukerrr..:)





Birthday Gurl n frens..


Sarah amik presents from Chicky!

Pose budak baik before balik...

JoM NaiK KerETAkU....









Wednesday, June 10, 2009

REnUNG2 KaN - CabaRaN MenJaDi IbU BaPA KiNI...

Perikan dari blog Suzana Ghazali
*Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie *Kolumnis tetap Resipi Hidup Mingguan Wanita

http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

Seorang ibu berusia 30 tahun meng’sms’ saya meluahkan rasa tertekan dengan sikap keluarganya dan keluarga mertua yang mengatakan anak lelakinya yang berusia tiga tahun, kurang ajar. Menurut si ibu, anak lelakinya itu tidak reti nak duduk diam walaupun lima saat dan makin bersikap degil dan baran. Satu sms yang lain pula, seorang ibu menanyakan bagaimana caranya untuk menangani masalah anak sulungnya yang cemburukan adik-adiknya sendiri sedangkan ibu bapa tak pilih kasih. Anak sulungnya boleh berkawan baik dengan anak orang lain tetapi tidak dengan adik-adik sendiri.
Hmmm…dilema dua ibu yang saya yakin, juga mewakili ramai ibu yang ada di era kini. Semua orang tau, anak-anak adalah ibarat kain putih bersih dan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih tersebut.Sama seperti sehelai kertas lukisan, jika cantik corak dan warna yang anda lakarkan, cantiklah jadinya lukisan anda itu. Jika sekadar cincai dan ‘aci siap’, jangan mengeluh jika hasil yang diperolehi tidak memuaskan hati anda sendiri. Samalah juga dengan memelihara, membesarkan, membimbing dan mendidik anak-anak. Jika sebuah lukisan yang cantik perlukan ketekunan dan kesabaran, mempunyai anak-anak yang baik berlebih lagilah memerlukan ketekunan dan kesabaran. Bukan mudah menjadi seorang ibu dan bapa tambah lagi di zaman serba canggih dan moden kini.
Sebagai seorang ibu dan bapa, tanggungjawab menjadikan anak anda seorang insan yang berguna kepada semua orang terpikul di bahu sejak anak anda masih di dalam kandungan. Bila mengetahui anda bakal menjadi seorang ibu atau bapa, perkara paling utama yang perlu anda lakukan adalah melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu keibubapaan.Ketahui nama-nama yang baik dan sesuai untuk bakal bayi anda. Belajar mengenai psikologi anak-anak dan bagaimana kaedah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak bermula dari hari pertama bayi anda dilahirkan hinggalah bayi anda pula berada di tempat anda sekarang. Malangnya ramai bakal ibu dan bapa yang tidak ambil berat mengenai hal ini. Ada masanya, bila anak-anak dah lahir baru sibuk mencari nama, dah tu nak pulak nama-nama ‘glamour’ dan ‘up to date’ tanpa memikirkan apakah maksudnya. Bila bayi anda membesar dan mula ‘buat perangai’, anda pulak yang serabut malah ada yang menganggap kerenah anak-anak itu adalah beban.
Berbanding mereka yang ada ilmu keibubapaan di dada, setiap kerenah anak-anak akan dapat ditangani dengan mudah insyaAllah.Sebagai contoh, di dalam kes pertama: kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun memang tak reti nak duduk diam. Saya sendiri mempunyai anak lelaki yang bakal genap tiga tahun pada 28 Februari ini. Saya akui, amat penat dan letih melayan kerenah putera saya itu. Pukul 11 malam tika saya dah nak lelapkan mata, diajaknya saya bermain badminton atau bermain bola sepak. Terpaksalah saya dan suami bergilir-gilir melayan kerenahnya. Sebab? Dah memang itulah telatah dan sikap kanak-kanak di dalam usia sedemikian. Kanak-kanak yang makin bertambah usia, makin berkeinginan melakukan sesuatu yang baru. Jika perkara tersebut baik dan tidak membahayakan, cubalah layani kerenah anak anda. Jika tidak berdaya, jangan sesekali bersikap kasar atau memarahi si anak. Sikap keras yang anda tunjukkan akan membekas di jiwa anak anda dan tiba satu masa dia akan bersikap sama, memberontak bila kehendak dan hajatnya tidak kesampaian. Sebab itulah ada kanak-kanak yang dah pandai bersikap degil, keras kepala dan baran walaupun usia masih terlalu muda.
Di dalam kes kedua pula, walaupun ibu bapa yakin tidak pernah membezakan kasih antara anak-anak namun kadang kala ada tingkah laku ibu bapa yang tanpa disedari seolah-olah meminggirkan sebilangan anak-anak anda. Kebiasaannya, situasi ini dirasai oleh anak sulung walau ada kes, anak kedua atau ke bawah juga merasainya. Setiap ibu bapa perlu tahu dan ingat, anak-anak mempunyai jiwa yang amat sensitif. Segala apa yang mereka rasai tika kecil sukar untuk mereka luahkan tetapi akan tetap diingat dan dikenang hingga mereka dewasa. Mungkin anda sayangkan anak sulung sama seperti anak kedua tetapi anda tidak sedar, belaian dan perhatian yang lebih kepada anak kedua menyebabkan anak pertama rasa tersingkir. Perasaan tersingkir itulah yang membuahkan rasa cemburu di hati hingga anak mula membenci saudaranya sendiri.
Saya masih ingat ketika saya hampir bersalinkan putera saya, hampir setiap hari saya berpesan kepada suami: Kalau Ana sibuk layan adik, abang mesti layan Ayang (anak sulung saya), jangan sampai Ayang rasa tak dipedulikan. Jika hanya saya di rumah, saya akan ajak puteri saya bersama melayan putera saya hatta jika saya sedang menyusukan adiknya. Hingga sekarang, apa juga yang saya dan suami lakukan, seboleh mungkin kami elakkan ada antara anak-anak yang rasa terpinggir.Bukan nak nyatakan saya dan suami ‘perfect’ tetapi dari ilmu yang ada, itulah caranya yang perlu dilakukan untuk mengelakkan rasa cemburu di kalangan anak-anak. Anak yang terpinggir, tak kiralah anak sulung, kedua atau keberapa pun, jika si anak merasakan dia seperti tak dipedulikan, tidak mustahil perasaan cemburu akan berbunga di hati dan paling ditakuti, ianya akan mekar sebagai bunga dendam, nauzubillah. Jalan terbaik, cuba sedaya upaya tunjukkan keadilan anda kepada anak-anak. Tak semestinya yang sulung perlu selalu mengalah. Walau masih terlalu kecil, si adik tetap perlu menerima hukuman jika bersalah. Bila anak-anak nampak adanya keadilan, tidak timbul lagi soal pilih kasih atau terpinggir sayang.
Perlu diingat juga, dalam mendidik anak-anak, jangan terlalu mudah memikirkan kata-kata orang sekeliling walaupun daripada darah daging sendiri. Jangan juga mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kerana kata-kata anda adalah doa. Walau anda marah camana sekali pun, gunakan bahasa yang baik untuk menghukum anak-anak. Jangan biasakan anak-anak dengan kekerasan kerana hatinya akan lebih keras. Dalam mendidik, mulakan dengan hikmah, lembut tetapi tegas. Bukan tak boleh menghukum tetapi biar kena pada tempat. Memang sukar menjadi seorang ibu dan bapa, jika mudah, takkanlah redha Allah kepada anak itu bergantung kepada redhanya ibu bapa kepada anak-anak.
Fikir-fikirkan dan bertindaklah dengan sebaiknya….

Monday, June 8, 2009

MoMBloGGerSPlaNeT ~CutEST BaBY in RED ConTesT!

SarAH's first ever COnTeST participation!
and these are the only pictures captured when Sarah in red outfit..not totally red though..hehe :)
"Hey, wonder who else is wearing red today?"

"halamakkk...a guy behind me (see his red pants?)..now my chance is slim to win this contest..huhu"

"it's okay..let's have some fun..no worries if tak menang..life goes on!"


something about me:

my name is Nur'Ayn Mysarah bt Nurul Khasan. was born on 21st december 2007 at Selangor Medical Centre Shah Alam..saya orang Selangor yeah!

Chomel kan saya in red t shirt?
Why should i win this contest and be the cutest baby in red..? Why aa Ibu?
Is it because i'm looking cute in red?
Or is it because i'm always well behaved (haha!) and seldom makes u red with anger huhu..!
That makes me super cute kan, Ibu?..hehe
All i want is to be the cutest baby in you heart, forever!


Fwens out there, want to join this contest? Check it out here:


You can will cool prizes, sponsored by:



Till then, babyess..