Wednesday, May 20, 2009

SaRaH da RETRO GiRL..

Chomel kan baju retro ni..Mama Ja yg bagi..tenkiu
dulu masih besar, skrg dah muat tp still longgar sket tang dada
ibu kene pin kt blakang..

haiyaa..model puting kaaa?

jomla p jenjalan..ibu!

Ape ni ibu?


Friday, May 15, 2009

SaJER-SaJEr..





Nak try jugak? P tengok kat http://www.photofunia.com

Sunday, May 10, 2009

Special Entry on Mother's Day

Kasihnya IBU membawa ke syurga.....

Bila mengingatkannya semula..perasaan sedih dan kagum bercampur-campur. Bukan nak bercerita tentang diri sendiri tp pengalaman semalam (Sabtu) semasa Ibu Sarah nak keluar ke Puchong mencari peralatan untuk kelas solekan besok...

Matahari tegak di atas kepala kerana waktu sudah hampir 11.30 pagi..Ibu Sarah bawa kereta perlahan saja menhampiri simpang tiga keluar dari kawasan Lestari Putra..

Semasa berhenti untuk keluar dari simpang, ternampak d sebelah kanan,..seorang wanita tengah berjalan. Di bahu kirinya beg bayi dan payung. Tangan kanannya menggendong bayi yang diselimuti kain lampin...Aduhhhh..macam kecil sahaja bayinya..macam dalam 'hari' lagi..Tak sanggup Ibu Sarah melihatnya...kesian..

Ibu Sarah keluar dari simpang ke kanan...kemudian membuat pusingan 'u' dan perlahan berhenti di hadapan wanita bersama bayi tadi..dia hampir melewati kereta Ibu Sarah...Ibu Sarah turunkan cermin kereta..dia berhenti dan tunduk tersengih..

" Nak kemana?"
"Seri Serdang"
"Naik apa?"
"Naik bas"
"Kat mana tunggu"
"Kat depan Shell"
"Depan Shell? Jauhnya, jom saya hantar depan Shell"

Ibu Sarah membuka pintu untuk wanita tadi..dan dia terkial2 untuk menutup payung serta melepaskan beg bayinya kedalam kereta..

Di dalam kereta:

"Kamu nak jalan kaki ke Shell sana?" Dia hanya mengangguk dan tersenyum seolah2 tidak ada yang menyusahkan baginya. Bayi comelnya lena dalam pelukan dan tidak sedar apa yg sedang berlaku..tenang sekali tidurnya.

"Dah berapa hari bersalin?"
"Dah 30 hari dah.."
"Kalau orang India, berpantang berapa hari?"
"30 hari sahaja..saya dah bekerja pun. Hari tu kene ceaser"
"Dah sihat?"
"Dah..mkn ubat hospital dan pati ikan haruan"
"Suami kat mana?"
"Kt oversea..minggu depan baru balik"
"Ni nk pergi inject ke?"
"A.ah...kt Kelinik d Serdang"..
"Maaflah saya tidak dapat hantar kesana sbb sy nk ke Puchong"
"Eh tak apa, terima kasih ya!"

Sekejap rasanya dan sampai. Perjalan ke Shell lebih kurang 2 kilometre.....Ibu Sarah tidak sempat bertanya nama wanita tersebut dan nama bayi perempuan yang comel itu..

Kagum sebenarnya dengan semangat wanita itu sebagai seorang IBU yang sanggup berjalan kaki, berpayung meredah panas dan menaiki kenderaan awam seperti bas yang sudah tentu tidak selesa demi untuk membawa anak pergi inject!. 

Namun begitu, Ibu Sarah faham. Demi anak, tiada apa yang di rasakan sebagai beban bagi seorang yang bergelar IBU...

Tapi, Ibu Sarah terpikir sendiri,..sanggupkah Ibu Sarah berbuat demikian?

Dalam perjalanan ke Puchong, Ibu Sarah menangis kerana rasa insaf dan amat bersyukur sekali kerana terlalu banyak nikmat dan kemudahan yang Allah kurniakan dan terlampau sikit sekali bersyukur malah kadang2 merungut kerana susah sedikit sahaja..

Bersyukur kerana setakat ini Nur'Ayn Mysarah tidak banyak kerenah dan tidah pernah menyusahkan Ibu malah membawa cahaya dan kegembiraan kepada Ibu dan Babah...

SELAMAT HARI IBU semua!



Tuesday, May 5, 2009

My IBU waS On TEeVEe..huhu!




Yup..dats my beloved IBU..she was invited by WanitaHariIni TV3 on 4th May 2009, to demostrate the Do-It-Yourself Tudung :)

Thursday, April 30, 2009

ENtRY IbU: SarAH bUaT ApE TU?

Rindu pulak kt budak bertuah tu..hukhuk
2.5 hrs b4 going home...:(

muka putih berbedak..

Monday, April 27, 2009

SaRaH G HospITaL..TenGOk NeNEk..

Smalam..Babah, Ibu n Sarah g visit nenek kt Hospital Selayang..
Jauhnyeeee...penat Sarah dok dlm carseat..huhu...

Nenek ni emak pada Babah..lupa pulak ibu nk ambil gambar nenek yg sakit..
Ni gambar Sarah masa nk balik dah...muka pon monyok je sbb dah penat tawaf keliling ward nenek..hehehe


Cepat sembuh ya Nenek..LuV you!

MemBUKa PiNTU ReZEki

TO my dearest daughter...bila dah boleh baca nanti..ingat pesan IBU ya!
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita
AL FATIHAH UNTUK MEREKA.
p/s InsyaAllah, ibu akan sentiasa sedekahkan Al-fatihah untuk Mok n Tok Ayoh!